Melbot Studios hari ini mengumumkkan bahawa mereka akan melancarkan permainan PlayLink seterusnya buat Playstation 4 iaitu Melbits World. Menurut pembangun, permainan ini akan dilancarkan secara eksklusif di Playstation 4 pada 5 Februari 2019 ini.

Melbits World meletakkan pemain dalam bentuk permainna secara koperasi dimana pemain akan bekerjasama untuk menyelesaikan sebilangan tekaria yang tersedia. Menariknya juga, permainan ini fungsi untuk mengubah-suaian watak dengan pelbagai kostum yang pemain boleh gunakan.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan PlayLink, ianya merupakan permainan yang memfokuskan penggunaan telefon pintar bersama Playstation 4. Sebelum ini Sony telah pun melancarkan sebilangan permainan PlayLink seperti That’s You.

Buat masa ini, permainan ini hanya diumumkan buat pasaran Amerika Syarikat sahaja dengan harga $19.99(~RM83). Dari segi pelancaran di rantau ini, pihak Melbot Studio masih belum kongsikannya. Seperti biasa, kami akan kemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut.

Sohor Kini