Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Baharu Far Cry New Dawn Dipertontonkan – Memperlihat Bentuk Dan Penceritaan Permainan
PC

Video Acah Baharu Far Cry New Dawn Dipertontonkan – Memperlihat Bentuk Dan Penceritaan Permainan

Diterbitkan pada Jan 24, 2019 oleh .

Ubisoft hari ini berkongsi dua video khas yang mana mereka memperlihatkan bentuk dan penceritaan permainan Far Cry New Dawn yang diumumkan oleh mereka sebelum ini.

Far Cry New Dawn meletakkan 17 tahun selepas permainan Far Cry 5 yang mana ianya bertemakan pasca-apokaliptik selepas malapetaka nuklear yang berlaku di permainan tersebut. Sekaligus permainan ini meletakkan pemain di peta kawasan Hope County dengan sebilangan perubahan memandangkan kawasan tersebut telah pun di ancam dengan bencana pasca-apokaliptik tersebut.

Selain itu, Ubisoft juga memperlihatkan watak antagonis baharu iaitu kembar Mickey dan Lou dimana mereka adalah mengetuai kumpulan Highwaymen yang merampas kelengkapan dan barangan penduduk Hope County. Sekaligus, pemain bukan sahaja perlu bertahan hidup daripada dunia pasca-apokaliptik ini, malah pemain perlu menahan daripada serangan antagonis berkembar tersebut.

Menariknya juga, Ubisoft memperlihatkan watak Joseph Seed, iaitu watak antagonis daripada permainan Far Cry 5 sebelum ini dimana beliau juga kembali sebagai salah satu watak yang terdapat di dalam permainan ini.

Selain itu, Ubisoft juga memperlihatkan bentuk permainan Far Cry New Dawn yang mana mereka memperlihatkan sebilangan watak-watak yang bakal kembali dari Far Cry 5 bersama-sama watak peneman baharu.

Menariknya, melalui permainan ini, pemain juga tampaknya perlu membina pangkalan pertahanan pemain untuk bertahan daripada ancaman-ancaman pasca-apokaliptik.

Far Cry New Dawn sememangnya adalah sekuel kepada permainan Far Cry 5 yang mana ianya dilancarkan secara kendiri dan menurut Ubisoft, ia bakal tiba pada 15 Februari 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN