Informasi Permainan Video Terkini
Anthem Kini Siap Dibangunkan – Demo VIP Bakal Bermula Esok
PC

Anthem Kini Siap Dibangunkan – Demo VIP Bakal Bermula Esok

Diterbitkan pada Jan 24, 2019 oleh .

Hari ini, penerbit permainan Anthem, iaitu Michael Gamble menyatakan melalui Twitter rasmi beliau bahawa permainan Anthem kini telah siap dibangunkan.

Bersempena dengan itu, seperti yang dilaporkan oleh kami, Demo untuk Anthem bakal bermula esok. Walaupun begitu, demo tersebut adalah terhad buat pemain VIP sahaja iaitu pemain yang membuat pra-tempahan permainan tersebut dan pra-muat turun untuk demo tersebut sudah boleh dilakukan hari ini.

Manakala demo umum buat permainan tersebut pula bakal tiba pada 1 Februari ini. Melalui demo tersebut, EA menyatakan ianya akan memfokuskan sebahagian permainan tersebut dan pemain berupaya untuk mencuba keempat-empat sut perisai Javelin tersebut.

Anthem merupakan permainan aksi menembak atas talian yang dibangunkan oleh Bioware dan diterbitkan oleh EA. Permainan ini akan dikeluarkan pada 22 Februari 2019 di Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang mempunyai EA Access, anda berpeluang untuk bermainnya bermula 15 Februari 2019.


TIPS & ULASAN