Skip to main content

Seperti yang dilaporkan oleh kami semalam, Gamers Hideout mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara pelancaran tengah malam bagi permainan akan datang, Kingdom Hearts 3 pada 28 Januari ini.

Terkini, mereka berkongsi informasi lanjut berkenaan acara tersebut yang mana ianya bakal menyertakan pelbagai aktiviti yang pengunjung boleh lakukan seperti bergambar bersama Cosplay, melakukan aktiviti seperti membuka kotak berkunci dan sebagainya. Untuk informasi lanjut anda boleh melayari Facebook rasmi Gamers Hideoout.

Acara pelancaran tengah malam Kingdom Hearts 3 oleh Gamers Hideout akan berlangsung pada jam 10 malam sehingga 1 pagi di cawangan Gamers Hideout Lot 10, Kuala Lumpur.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Kami sebelum ini telah berkongsi senarai harga bagi sebilangan edisi permainan tersebut. Sony juga sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa berkas Playstation 4 Pro Kingdom Hearts 3 yang mana anda boleh melayari pautan ini untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Leave a Reply