Sebagai sebahagian daripada Hitman 2: Expansion Pass, IO Interactive hari ini mengumumkan pek penambahan Winter Sports Pack. Melalui pek tersebut ia akan menyertakan beberapa barangan iaitu Quickdraw, Snowball, Piton, Arctic Tool Box dan kostum Winter Sports.

Pek tersebut buat masa ini tidak ditawarkan secara berasingan dan hanya boleh didapati oleh pemain yang memiliki Expansion Pass dan Expansion Pack 1. Expansion Pass boleh dibeli dengan harga RM125 di Steam ataupun RM140 di Playstation Store.
Mereka juga mengumumkan pelbagai lagi pek penambahan akan disertakan yang akan menambah lokasi, misi, kostum dan senjata. Maklumat lanjut mengenainya akan dikongsikan dalam masa terdekat.
Hitman 2 akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 13 November 2018.