Seperti pengumuman sebelum ini, Kingdom Come: Deliverance akan menerima 4 DLC penceritaan berbayar iaitu From The Ashes, The Amorous Adventures of Bold Sir Hans Capon, Band of Bastards, A Woman’s Lot. From the Ashes dan The Amorous Adventures of Bold Sir Hans Capon sudah dikeluarkan pada tahun lepas.
DLC ketiga iaitu Band of Bastard kini diumumkan akan dikeluarkan pada 5 Februari 2019. Bersamanya Warhorse Studio juga berkongsi video acah buat DLC tersebut. Melalui DLC ini, pemain sebagai Henry perlu menyelesaikan ancaman atas arahan Sir Radzig. Bersama dengan anda, adalah askar upahan. DLC ini boleh dibeli dengan harga RM23.50 di Steam ataupun RM47 melalui Playstation Store.
Kingdom Come: Deliverance merupakan permainan aksi pengembaraan dunia terbuka yang dibangunkan oleh Warhorse Studio dan dikeluarkan pada 13 Februari 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.
[info]Bacaan Lanjut: Ulasan Kingdom Come: Deliverance – Permainan Baik Yang Memerlukan Banyak Penambah-baikkan[/info]