Skip to main content

Pembangun permainan simulasi berladang Farming Simulator iaitu Giants Software hari ini mengumumkan yang mereka bakal melancarkan liga e-sukan buat permainan tersebut. Farming Simulator League tersebut akan menyediakan hadiah terkumpul sebanyak €250 ribu(~RM1.2 juta).

Menurut mereka lagi, kejohanan e-sukan untuk Farming Simulator sudah dianjurkan sejak tahun 2018 melalui Farming Simulator Championship. Kejohanan baharu ini akan menyertakan 10 pertandingan di Eropah. Mereka bekerjasama dengan Logitech G, Intel, noblechairs dan Nitrado untuk penganjuran ini.

Kejohanan ini akan memperlihatkan perlawanan 3 lwn 3 yang akan memerlukan pemain untuk menuai serta pelbagai elemen permainan yang menarik. Informasi lanjut mengenai mod kejohanan akan diumumkan kemudian.

Apabila bercakap mengenai e-sukan, Farming Simulator bukanlah permainan yang terlintas di fikiran kami. Dengan pengumuman ini, ia sudah semestinya satu penambahan yang menarik untuk arena e-sukan.

Leave a Reply