Nintendo hari ini mengadakan satu acara langsung khas di saluran Youtube rasmi mereka yang mana ianya memperlihatkan sebilangan permainan-permainan keluaran Indie yang bakal tiba di konsol Nintendo Switch.

Terdapat 9 permainan yang diumumkan dimana kebanyakkannya bakal tiba tahun ini. Berikut adalah permainan-permainan yang diumumkan.

Permainan pertama yang diumumkan adalah Wargroove. Ianya merupakan permainan strategi mengikut turutan oleh Chucklefish yang mana sebelum ini kami telah melaporkannya. Melalui pengumuman ini, Chucklefish menyatakan ianya bakal tiba pada 1 Februari 2019 di Switch.

Selain itu, permainan ini juga bakal tiba di PC dan Xbox One pada tarikh yang sama. Namun bagi Playstation 4, ianya akan diumumkan kemudian.

Seterusnya pula merupakan permainan Double Kick Heroes oleh Headbang Club. Permainan ini merupakan permainan campuran antara permainan rentak muzik dan permainan penembakan.

Menurut Headbang Club, permainan tersebut akan dilancarkan tahun ini di konsol Switch dahulu. Namun. bagi anda yang ingin mencubanya lebih awal, permainan ini telah pun berada di akses awal Steam.

Permainan seterusnya pula adalah When Ski Lifts Go Wrong. Melalui permainan ini, pemain akan membina satu jambatan ski dimana ianya memerlukan sedikit bentuk tekaria untuk menyelesaikannya.

Menurut Curve Digital, permainan ini telah pun dilancarkan di Nintendo Switch hari ini melalui Nintendo eShop. Ianya juga boleh dibeli melalui Steam dengan harga RM32.

Bagi anda yang meminati permainan pengembaraan dunia terbuka, Humble Bundle hari ini mengumumkan permainan Forager yang mana ianya bakal tiba Switch. Menariknya, ianya juga diumumkan untuk Playstation 4 dan PC.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan dan menurut pembangun, mereka juga bakal mengadakan beta tertutup pada masa akan datang.

Bagi anda yang meminati permainan Goat Simulator yang telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan PC sebelum ini, hari ini Coffee Stain Studios mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Goat Simulator: The GOATY di konsol Switch yang mana ianya akan menyertakan kesemua DLC pernambahan yang dilancarkan sebelum ini.

Permainan ini telah pun dilancarkan secara digital dimana ianya boleh dibeli melalui Nintendo eShop dengan harga $29.99(~RM125).

Inmost merupakan permainan platformer tekaria oleh Chucklefish dan Hidden Layer Games. Tidak banyak informasi yang diumumkan buat masa ini dan berdasarkan video acah yang diperlihatkan, ianya memperlihatkan seakan permainan aksi 2D dengan elemen-elemen yang gelap.

Buat masa ini tarikh pelancarannya dikatakan bakal tiba tahun ini di Switch dahulu. Manakala versi PC juga diumumkan melalui Steam.

Unruly Heroes pula merupakan permainan berdasarkan cerita rakyat “Journey To The West” yang memfokuskan bentuk aksi platformer 2D.. Permainan ini dibangunkan oleh Magic Design Studios dan ianya telah pun dilancarkan hari ini di Switch melalui Nintendo eShop. Menurut pembangun, permainan ini juga dilancarkan di Xbox One dan PC melalui Steam. Manakala versi Playstation 4 akan diumumkan kemudian.

Manakala Deck13 juga tidak melepaskan peluang untuk membawa permianan CrossCode ke konsol Switch dimana permainan aksi RPG tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di PC tahun lepas.

Terkini, melalui versi Switch, pembangun permainan tersebut menyatakan bahawa mereka akan membawa kandungan eksklusif khas dan mereka menyatkaan ianya bakal tiba tahun ini. Versi Playstation 4 juga diumumkan namun informasi lanjut berkenaannya tidak dikongsikan.

Permainan terakhir yang diumumkan adalah permainan oleh Image & Form Games, iaitu SteamWorld Quest: Hand Of Gilgamesh. Permainan tersebut merupakan permainan RPG secara turutan yang memfokuskan bentuk pertempuran kad. Ianya juga merupakan permainan yang berdasarkan dunia SteamWorld, iaitu permainan oleh mereka sebelum ini.

Buat masa ini ianya dirancang untuk dilancarkan di konsol Switch dahulu pada tahun ini. Bagi platform lain, ianya masih belum diumumkan.


Berikut adalah senarai kesemua permainan yang diumumkan ketika acara Nintendo Indie Highlights yang berlangsung hari ini. Bagi anda yang ingin menonton video pengumuman tersebut semula, anda boleh menontonnya dibawah.


Sohor Kini