Skip to main content

Gamers Hideout hari ini mengacahkan bahawa mereka akan mengadakan acara pelancaran tengah malam bagi permainan akan datang, Kingdom Hearts 3 pada 28 Januari ini. Menurut mereka, acara tersebut akan berlangsung pada jam 10 malam sehingga 2 pagi di cawangan Gamers Hideout Lot 10, Kuala Lumpur.

Seperti acara pelancaran oleh mereka sebelum ini, bagi anda yang membuat pra-tempahan melalui kedai Gamers Hideout, anda berupaya untuk mendapatkan permainan tersebut ketika acara tersebut

Buat masa ini, sebarang informasi lanjut berkenaan acara tersebut masih belum diumumkan. Seperti biasa kami akan kemaskini berkenaannya setelah Gamers Hideout mengumumkan kelak.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Kami sebelum ini telah berkongsi senarai harga bagi sebilangan edisi permainan tersebut. Sony juga sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa berkas Playstation 4 Pro Kingdom Hearts 3 yang mana anda boleh melayari pautan ini untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Leave a Reply