Skip to main content

Sony minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sesi percubaan buat permainan Kingdom Hearts 3 di Play Everything Lounge pada 26 dan 27 Januari 2019 ini.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan Play Everything Lounge,
ianya merupakan satu ruangan istirehat khas oleh Playstation yang bertempatkan di pusat membeli-belah Sunway Pyramid di tingkat FF, Blue Zone dimana ianya akan mula dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam dan kemasukkan adalah percuma.

Menariknya, bersempena dengan sesi percubaan tersebut, Sony juga menyatakan bahawa mereka akan mengadakan pelbagai aktiviti lain dan juga pemberian hadiah pada hujung minggu tersebut.

Bagi anda yang ingin mencuba permainan Kingdom Hearts 3, jangan lepaskan peluang anda untuk hadirkan diri di Play Everything Lounge di Sunway Pyramid pada hujung minggu ini.

Leave a Reply