Skip to main content

Sebelum ini, Sony secara tidak sengaja memperlihatkan berkas PUBG bersama langganan Playstation Plus dimana asalnya langganan tersebut akan dilancarkan pada Disember lepas.

Namun, seteleh sebulan kemudian tanpa sebarang kemaskini berkenaannya, kini tampaknya berkas tersebut akhirnya dilancarkan secara rasmi dimana anda boleh dapatkan langganan Playstation Plus selama 12 Bulan bersama-sama permainan PUBG dengan harga hanya RM165. Namun tawaran ini akan tamat pada 27 Januari ini.

Memandangkan langganan Playstation Plus untuk 12 bulan berharga RM129, ini sekaligus meletakkan harga untuk permainan PUBG hanyalah RM36 sahaja. Sememangnya ini adalah satu tawaran yang sangat murah memandangkan jika permainan PUBG dibeli secara berasingan, ianya akan berharga RM111.

Tambahan itu, Sony juga tidak berhenti setakat itu dimana berkas ini juga akan kostum Yukata khas secara bersama. Bagi anda yang berminat dengan tawaran ini, anda boleh ke pautan dibawah untuk membelinya.

[info] Beli PSN Store: Berkas PUBG bersama PSplus 12 Bulan [/info]


Leave a Reply