Square-Enix hari ini akhirnya melancarkan DLC kedua buat Shadow Of The Tomb Raider iaitu The Nightmare. DLC ini merupakan sebahagian daripada 7 DLC yang diumumkan sebelum ini dan ianya adalah sebahagian daripada pas musim permainan tersebut. Menarik ianya juga dijual secara berasingan.

Melalui DLC The Nightmare ini, pemain akan mengembara di kawasan rumah manor Croft dengan pelbagai cabaran. Terdapat juga makam baharu iaitu Howl Of The Monkey Gods yang mana pasti akan memberi cabaran yang lebih pemain. Selain itu, Square-Enix juga menyertakan sebilangan kostum dan senjata baharu untuk pemain.

DLC The Nightmare boleh didapati melalui pas musim permainan tersebut dengan harga RM95 bagi Playstation 4. Manakala ianya juga dijual secara berasingan dengan harga RM15.

Shadow Of The Tomb Raider merupakan permainan ketiga buat siri trilogi Tomb Raider yang diolah semula oleh Square-Enix. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC. Kami di Aksiz juga telahpun mengulasnya dimana anda boleh membacanya dibawah.

Sohor Kini