Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Memperlihatkan Video Acah Khas Sempena Episod Kedua Life Is Strange 2
PC

Square-Enix Memperlihatkan Video Acah Khas Sempena Episod Kedua Life Is Strange 2

Diterbitkan pada Jan 23, 2019 oleh .

Dengan episod kedua Life Is Strange 2 bakal tiba esok, hari ini Square-Enix memperlihatkan satu video acah baharu yang mana ianya memperlihatkan watak Captain Spirit bersama-sama dengan watak utama buat Life Is Strange 2 tersebut.

Melalui video acah tersebut, ianya memperlihatkan kesinambungan selepas Sean dan Daniel melarikan diri dari rumah mereka. Menariknya juga, video acah tersebut juga memperlihatkan watak Captain Spirit iaitu demo bagi permainan Life Is Strange 2 yang dilancarkan tahun lepas.

Berdasarkan video acah tersebut juga, kami sangat sarankan anda untuk bermain demo tersebut dahulu sebelum bermain episod kedua buat Life Is Strange 2 memandangkan ia kelihatan watak Captain Spirit tersebut bakal menjadi watak yang difokuskan untuk episod ini.

Life Is Strange 2 merupakan permainan berepisod yang dibangunkan oleh DONTNOD Entertainment dan dilancarkan Square-Enix. Episod pertama permainan tersebut telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC dimana kami juga telahpun membuat ulasan penuh. Bagi anda yang berminat untuk membacanya, anda boleh ke pautan dibawah.


TIPS & ULASAN