Skip to main content

Playground Games hari ini mengumumkan bahawa mereka kini telah mencapai lebih dari 7 juta jumlah pemain buat permainan Forza Horizon 4. Menurut mereka, jumlah tersebut adalah selepas sebulan DLC Fortune Island diumumkan sebelum ini

Sememangnya pengumuman ini merupakan pengumuman yang menarik buat permainan tersebut memandangkan Forza Horizon 4 merupakan salah satu permainan yang memenangi anugerah di acara The Game Awards 2018 lepas.

Forza Horizon 4 merupakan permainan perlumbaan dunia terbuka oleh Playground Games yang mana ianya dilancarkan di PC dan Xbox One. Bagi anda yang ingin mencuba permainan tersebut, demo Forza Horizon 4 juga boleh dimuat-turun di kedua-dua platform tersebut.

Leave a Reply