Informasi Permainan Video Terkini
Jangan Biar Playstation Vita Anda Berhabuk Dengan Jualan Promosi Khas Ini

Jangan Biar Playstation Vita Anda Berhabuk Dengan Jualan Promosi Khas Ini

Diterbitkan pada Jan 23, 2019 oleh .

Bagi anda yang memiliki dan masih lagi bermain ataupun sudah lama tidak bermain konsol mudah-alih Playstation Vita, anda mungkin berminat dengan jualan khas yang diumumkan oleh Sony hari ini.

Bermula hari ini sehingga 26 Januari ini, Sony mengadakan jualan promosi khas permainan buat Playstation Vita yang mana ia menawarkan pelbagai permainan dengan harga diskaun yang murah sehingga 70%. Malah bagi anda yang melanggan Playstation Plus, Sony menyediakan diskaun sehingga 80%. Berikut adalah senarai permainan yang ditawarkan.

  • World Of Final Fantasy RM92.00 RM73.60
  • Assassin’s Creed Chronicles RM95.00 RM28.50
  • Tetris Ultimate RM83.00 RM24.90
  • Call Of Duty: Black Ops Declassifed RM186.00 RM55.80
  • Child Of Light – Digital Deluxe RM83.00 RM24.90
  • Murasama Rebirth RM131.00 RM58.95
  • Ragnarok Odyssey ACE RM104.00 RM31.20

Terdapat pelbagai lagi permainan yang ditawarkan dan bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan di bawah untuk membelinya.

PSN Store: Promosi Jualan Playstation Vita



TIPS & ULASAN