Skip to main content

Bagi anda yang menanti permainan Kingdom Hearts 3 yang bakal tiba tidak lama lagi, hari ini Sony menyediakan set avatar khas buat Playstation 4 anda dimana ianya boleh dimuat-turun secara percuma.

Set avatar tersebut adalah set avatar untuk watak Sora, Donald Duck dan Goofy dimana anda boleh muat-turun melalui pautan yang kami sediakan. Namun, ianya hanyalah eksklusif buat pelanggan Playstation Plus sahaja.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Kami sebelum ini telah berkongsi senarai harga bagi sebilangan edisi permainan tersebut. Sony juga sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa berkas Playstation 4 Pro Kingdom Hearts 3 yang mana anda boleh melayari pautan ini untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Leave a Reply