Informasi Permainan Video Terkini
Peta Vikendi Kini Sudah Boleh Dimainkan Di PUBG Versi Playstation 4 Dan Xbox One

Peta Vikendi Kini Sudah Boleh Dimainkan Di PUBG Versi Playstation 4 Dan Xbox One

Diterbitkan pada Jan 23, 2019 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman peta salji Vikendi buat PUBG Mobile, kini peta tersebut akhirnya tiba buat pemain Playstation 4 dan Xbox One dimana pemain berupaya untuk bermain di peta tersebut secara percuma.

Bersempena dengan itu, pembangun juga menyertakan Survivor Pass baharu yang mana pemain boleh beli dan dapatkan sebilangan ganjaran mengikut misi yang pemain lengkapkan.

Selain itu, bagi mereka yang masih belum memiliki permainan PUBG di Playstation 4, PUBG Corp juga hari ini melancarkan permainan PUBG: Vikendi Edition yang mana ianya menyertakan Survivor Pass Vikendi secara bersama dengan harga RM202. Menariknya juga, versi permainan ini juga menyertakan sebilangan kandungan tambahan seperti kostum dan sebagainya.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba dan bermain permainan PUBG dengan peta baharu ini bermula hari ini.


TIPS & ULASAN