Selepas pengenalan Royale Pass, PUBG terutamanya PUBG Mobile memperlihatkan peningkatan daripada segi pendapatan. Pada 18 Januari lepas, musim baharu iaitu musim ke-5 bermula dan sekaligus membantu untuk PUBG Mobile mencatat pendapatan mingguan tertinggi.
Berdasarkan anggaran oleh Sensor Tower, untuk 7 hari lepas, PUBG Mobile mencatat pendapatan sebanyak $14 juta(~RM58 juta), jumlah tersebut memperlihatkan 10% peningkatan berbanding pendapatan mingguan tertinggi sebelum ini iaitu pada November tahun lepas.
Selain itu, minggu lepas juga memperlihatkan pendapatan tertinggi untuk sehari iaitu pada 19 Januari dengan pendapatan sebanyak $3.8 juta(~RM15 juta) iaitu 58% lebih tinggi berbanding rekod sebelum ini. Ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk PUBG Mobile.