Skip to main content

Seperti permainan pertempuran yang lain, WWE 2K19 juga menyertakan penambahan watak ataupun ahli gusti melalui pek yang perlu dibeli secara berasingan. Sebelum ini, ia telah menerima tiga pek iaitu Wooooo!, Ronda & Rey serta Titans.

Hari ini, 2K mengeluarkan satu lagi pek iaitu Rising Stars yang memfokuskan ahli-ahli gusti baharu yang terdiri daripada ahli gusti untuk WWE, NXT dan WWE 205 Live. Ahli gusti yang disertakan adalah seperti berikut

  • Ricochet
  • Lio Rush
  • Lacey Evans
  • Dakota Kai
  • Candice LeRae
  • Maria Kanellis
  • Mike Kanellis

Pek ini boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM40 dan ia juga disertakan bersama dengan pas semusim yang boleh diperoleh dengan harga RM119.

WWE 2K19 sudah dikeluarkan pada 9 Oktober 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

[info]Bacaan Lanjut: Ulasan WWE 2K19 – Permainan Simulasi Gusti Dengan Pelbagai Kandungan Menarik[/info]

Leave a Reply