Metro Exodus telah menerima beberapa video acah, selain memperlihatkan penceritaan ia juga sebelum ini mengumumkan edisi lain buat permainan tersebut.
Hari ini, satu lagi video acah dikongsi dan kali ini memfokuskan kepada senjata yang disediakan di dalam permainan ini. Menariknya, video tersebut juga memperlihatkan kebolehan pemain untuk mengubah suai setiap senjata yang digunakan.
Pengubahsuaian tersebut akan membolehkan pemain memiliki senjata yang bersesuaian dengan cara pemain ingin bermain. Selain mempunyai penceritaan yang lebih panjang, Metro Exodus tampaknya memberikan pemain lebih banyak kebebasan berbanding permainan Metro sebelum ini.
Metro Exodus akan dikeluarkan pada 15 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.