Sebelum ini, Capcom melancarkan demo khas buat permainan Resident Evil 2 dimana pemain berupaya untuk bermain hanya 30 minit sahaja buat demo tersebut.
Minggu lepas, kami melaporkan bahawa demo tersebut telah dimainkan oleh 1.5 juta pemain dan terkini, Capcom mengumumkan bahawa demo tersebut telah dimuat-turun sebanyak 3 juta jumlah muat-turun.

Sememangnya ini merupakan angka yang sangat tinggi dan memberansangkan bagi siri permainan tersebut dimana melalui data di laman rasmi Resident Evil, ianya menunjukkan terdapat lebih dari 2 juta pemain yang bermain permainan tersebut.
Bagi anda yang masih belum mencuba demo tersebut, ianya kini masih lagi boleh dimuat-turun sehingga 31 Januari ini melalui Playstation 4, XBox One dan PC (Steam).
Resident Evil 2 akan dikeluarkan pada 25 Januari 2019 dan kami sebelum ini juga telah membuat pandang pertama dimana anda boleh membacanya disini.