Informasi Permainan Video Terkini
Pusingan Akhir Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2018 Bakal Berlangsung Minggu Ini

Pusingan Akhir Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2018 Bakal Berlangsung Minggu Ini

Diterbitkan pada Jan 22, 2019 oleh .

Sebelum ini, Vivo mengumumkan bahawa mereka akan membawa kejohanan PUBG Mobile di Malaysia iaitu PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2018, yang mana pusingan kelayakan telah berlangsung sepanjang bulan Disember dan Januari ini.

Terkini, setelah tamatnya pusingan kelayakkan, pusingan akhir bakal berlangsung pada 27 dan 27 Januari ini di Sunway Velocity, Kuala Lumpur. Terdapat 16 pasukan di atas yang bakal bertempur dengan hadiah terkumpul sehingga RM60,000. Untuk sebarang informasi lanjut, anda boleh melayari laman rasmi kejohanan ini.

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menghadiri ke acara tersebut, MET Esports juga bakal mengadakan siaran langsung kejohanan tersebut di saluran rasmi mereka. Menariknya juga, VIVO dan MET Esports juga menyediakan beberapa barangan khas buat pengunjung di Sunway Velocity hujung minggu ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menghadirkan diri ke Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile pada hujung minggu dan memberi sokongan terhadap pasukan pilihan anda.


TIPS & ULASAN