Informasi Permainan Video Terkini
SD Gundam G Generation Cross Rays Diumumkan – Bakal Tiba Tahun Ini

SD Gundam G Generation Cross Rays Diumumkan – Bakal Tiba Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 22, 2019 oleh .

Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali permainan SD Gundam G Generation dengan siri baharu iaitu SD Gundam G Generation Cross Rays di Playstation 4, Switch dan PC.

Siri permainan tersebut sebelum ini, iaitu SD Gundam G Generation Genesis telahpun dilancarkan di Playstation 4, Playstation Vita dan Switch sebelum ini.

Menurut Bandai Namco, permainan ini akan tiba buat pasaran Malaysia yang mana ianya akan mempunyai suara latar bahasa Jepun dan sari kata bahasa Inggeris. Buat masa ini ianya dirancang akan tiba pada tahun ini.

Melalui permainan ini, ianya akan memfokuskan empat dunia daripada siri Gundam iaitu dunia Gundam Wing, Gundam Seed, Gundam 00 dan Gundam Iron-Blooded Orphans. Menariknya, bukan sahaja kandungan utama dunia tersebut akan tiba, malah hampir keseluruhan daripada siri-siri sampingan lain berdasarkan dunia Gundam tersebut juga akan disertakan.

Buat masa ini, Bandai Namco menyatakan bahawa mereka akan kongsikan sebarang informasi lanjut berkenaannya ketika acara Taipei Gameshow pada penghujung bulan ini.


TIPS & ULASAN