Sebelum ini, SEGA mengumumkan bahawa mereka bakal membawa permainan Yakuza ke PC dimana ianya mula dilancarkan dengan Yakuza 0 pada tahun lepas.
Terkini, SEGA mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Yakuza: Kiwami ke Steam bermula 19 Februari 2019 ini.
Yakuza: Kiwami sebelum ini dilancarkan di Playstation 4 yang mana asalnya merupakan permainan pernambah-baikkan untuk permainan Yakuza yang dilancarkan di Playstation 2 beberapa tahun.
Melalui versi PC ini, menurut SEGA, Yakuza: Kiwami akan menyertakan pelbagai pernaik-tarafan dari segi sokongan resolusi 4k, kadar bingkai sesaat tanpa had dan pelbagai lagi sokongan lain.
Dari segi harga, buat masa ini harga permainan ini tidak lagi diumumkan. Namun, anda sudah pun melawati pautan rasmi Steam permainan ini yang mana ianya menyatakan pelbagai informasi tambahan seperti spesifikasi PC dan sebagainya.