Seperti yang semua sudah tahu, Ryan Reynolds yang terkenal dalam Deadpool akan berlakon sebagai Detective Pikachu (hanya lakonan suara). Pokémon Detective Pikachu ini mengisahkan Tim Goodman (lakonan Justice Smith) bersama-sama dengan Detective Pikachu dalam misi mencari ayah beliau, Harry Goodman yang hilang tanpa sebab yang diketahui.

https://youtu.be/BHIa0PZlpo0

Baru-baru ini, video acah baru buat filem Pokémon Detective Pikachu telah diterbitkan dan ia telah memperlihatkan banyak spesis-spesis Pokémon dalam aksi-nyata. Antaranya adalah Mr. Mime dengan gaya baru dan juga Snubbull. Lihat sahaja video acah ini, kita sudah tahu yang filem ini penuh dengan aksi, komedi, misteri dan pengembaraan. Adakah Detective Pikachu dan Tim dapat mencari Harry?

Jawapan untuk soalan tadi, hanya dapat kita tahu dalam filem yang diadaptasi dari permainan video Nintendo 3DS – Pokémon Detective Pikachu yang akan ditayangkan 10 Mei 2019 kelak.

Sohor Kini