Mark Strong dalam filem Shazam! melakonkan watak sebagai musuh kepada Shazam (lakonan Zachary Levi), iaitu Dr. Thaddeus Sivana. Ini bukan lah kali pertama Mark Strong berlakon sebagai watak Antagonist dalam filem DC. Sebelum ini, beliau pernah berlakon sebagai Sinestro dalam filem DC yang gagal – Green Lantern.
Kembali kepada watak Dr. Thaddeus Sivana, dalam video acah terkini filem Shazam! – ia mungkin telah memperlihatkan asal-usual Dr. Sivana. Di mana, dalam satu babak itu kelihatan seorang kanak-kanak (bukan Billy Batson) berjalan ke dalam Wizards Tomb. Wizards Tomb ini adalah tempat Billy Batson (lakonan Asher Angel) menerima kuasa Shazam! Bagaimana asal-usul Dr. Sivana dalam Shazam! masih tidak diketahui. Dr. Sivana adalah seorang saintis bijak jahat yang gilakan keajaiban disebalik kuasa magis.

Selain daripada itu, Dr. Sivana juga adalah antara yang bertanggungjawab membebaskan Seven Deadly Sins. Video acah Shazam! kali ini selari dengan ura-ura, di mana Seven Deadly Sins akan berada dalam Shazam! Seven Deadly Sins adalah tujuh makhluk magis berkuasa yang terdiri daripada Pelahap, Ketamakan, Nafsu, Kebanggaan, Malas dan Kemurkaan.
Shazam! akan ditayangkan pada 5 April 2019 kelak. Untuk ketahui apa bakal terjadi antara Shazam, Dr. Sivana dan Seven Deadly Sins – sama-sama kita nantikan kelak.