Bagi anda yang menanti untuk bermain permainan Overkill’s The Walking Dead di konsol kesayangan anda, tampaknya anda mungkin perlu menanti dengan lebih lama dimana Starbreeze Studios hari ini mengumumkan bahawa mereka sekalig lagi akan menundakan permainan tersebut.

Menurut kenyataan Starbreeze Studios, mereka kini sedang mengulas dan menilai prestasi permainan tersebut di konsol sekaligus mereka terpaksa menundakannya ke tarikh baharu. Buat masa ini, sebarang tarikh tidak dikongsikan oleh mereka.

Overkill’s The Walking Dead asalnya dirancang untuk dilancarkan Februari ini buat versi konsol di Playstation 4 dan Xbox One. Versi PC buat permainan tersebut telahpun dilancarkan sebelum ini namun ianya mendapat sebilangan kritikan daripada peminat.

Sudah pastinya ini merupakan berita yang agak mengecewakan buat peminat kerana ianya sudah kali kedua permainan tersebut ditunda. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya ini juga memberi masa kepada pembangun untuk membaiki permainan tersebut dan melancarkannya dalam keadaan yang baik.

Sohor Kini