Bersempena dengan ulang tahun ke 20 buat siri permainan perlawanan Guilty Gears, Arc System Works dan PQUbe mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali permainan asal Guilty Gear dan Guilty Gear XX Accent Core Plus R di konsol Nintendo Switch. Bagi pemain Playstation 4, menurut PQube, hanya permainan asal Guilty Gear sahaja yang akan dilancarkan.

Menurut PQube, kedua-dua permainan tersebut akan dilancarkan secara satu berkas fizikal. Namun, kedua-dua permainan tersebut juga akan dilancarkan secara berasingan untuk versi digital.Bagi permainan asal Guilty Gear di Playstation 4 pula, ianya hanya akan dilancarkan secara digital sahaja. Dari segi tarikh pelancaran, ianya dirancang bakal tiba pada sekitar bulan Mac hingga Jun ini.

Bagi anda yang meminati siri permainan perlawanan Guilty Gear, sememangnya ini adalah satu pengumuman yang sangat menarik memandangkan ianya akan tiba di Switch. Walaupun begitu, bagi pemain Playstation 4, tampaknya anda hanyalah akan terhad kepada permainan asal Guilty Gear sahaja.

Sohor Kini