nWay hari ini mengumumkan permainan pertempuran bedasarkan siri popular Power Rangers iaitu Power Rangers: Battle for the Grid. nWay sebelum ini mengeluarkan permainan mudah alih Power Rangers Legacy Wars.

Power Rangers iaitu Power Rangers: Battle for the Grid akan menyertakan pelbagai watak daripada siri Power Rangers, siri baharu termasuk juga yang lama hasil kerjasama antara nWay, Hasbro dan Lionsgate Games.

Permainan tersebut dikatakan mempunyai bentuk permainan pertempuran yang senang untuk difahami tetapi sukar untuk menjadi mahir. Ia akan menyertakan pertempuran secara dalam talian termasuk juga rentas platform di antara Xbox One, Switch dan PC.

Permainan tersebut akan dikeluarkan pada April 2019 untuk Playstation 4, Xbox One Dan Switch manakala tarikh ia dikeluarkan untuk PC akan diumumkan kemudian. Pra-tempah dibuka bermula sekarang dan anda akan mendapat kostum khas untuk Green Ranger.

Sohor Kini