Skip to main content

Aniplex US minggu ini berkongsi video acah untuk filem Fate/Stay Night Heaven’s Feel lost butterfly untuk pasaran global. Filem tersebut merupakan bahagian kedua untuk siri Fate/Stay Night Heaven’s Feel. Bahagian pertama iaitu presage flower ditayangkan di Malaysia pada Februari tahun lepas.

https://www.youtube.com/watch?v=6ut7igYplCM

Heaven’s Feel merupakan sebahagian daripada cabang penceritaan untuk Fate/Stay Night bersama dengan Fate dan Unlimited Blade Works. Bahagian kedua ini meneruskan penceritaan bahagian pertama yang memfokuskan perhubungan antara Shirou dan Sakura.

Seperti sebelum ini, filem ini akan ditayangkan secara terhad dan dibawa secara eksklusif oleh GSC. Di Malaysia ia akan mula ditayangkan pada 28 Februari 2019.

Leave a Reply