Microsoft sebelum ini mengumumkan 8 permainan yang akan disertakan untuk Xbox Game Pass bagi bulan Januari yang menyertakan permainan seperti Life is Strange, Ark: Surivivor Evolved dan Just Cause 3.
Minggu lepas, mereka menambah satu lagi permainan iaitu Ultimate Marvel vs Capcom 3. Tidak berhenti setakat itu, minggu ini mereka mengumumkan 4 lagi permainan yang akan disertakan untuk servis tersebut.
Permainan tersebut adalah We Happy Few serta The LEGO Movie Videogame yang akan tiba pada 17 Januari dan Middle-Earth: Shadow of Mordor bersama Saints Row: The Third yang akan tiba pada 24 Januari 2019.
Xbox Game Pass buat masa ini adalah servis eksklusif untuk konsol Xbox One dan harga langganan bermula $9.99(~RM41) untuk sebulan. Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Xbox Game Pass untuk informasi lanjut.