Skip to main content

SuperData minggu ini mengeluarkan data yang memperlihatkan jumlah pendapat secara digital untuk beberapa permainan yang percuma untuk dimainkan. Daripada senarai tersebut, Fortnite mencatat pendapatan tertinggi iaitu sebanyak $2.4 bilion (~RM9.8 bilion).

Jumlah tersebut menurut SuperData merupakan jumlah pendapatan tertinggi tahunan untuk permainan video. Kejayaan Fortnite tersebut menjadi punca utama pendapatan digital untuk permainan video meningkat sebanyak 11% berbanding tahun lepas untuk kesemua platform.

Permainan lain yang disenaraikan bersama dengan pendapatan adalah Dungeon Fighter Online($1.5 bilion), League of Legends($1.4 bilion) dan Pokemon GO($1.3 bilion).

Manakala pesaing Fornite iaitu PlayerUnknown’s Battleground mencatat pendapatan sebanyak $1.02(~RM4.2 bilion) untuk tahun 2018 yang mendahului untuk senarai pendapatan digital bagi permainan berbayar mengatasi permainan FIFA 18($790 juta), Grand Theft Auto V($628 juta) dan COD: Black Ops 4($612 juta).

Leave a Reply