Lunar New Year merupakan acara Overwatch yang dianjurkan setiap tahun bersempena perayaan tahun baru cina. Melalui kuciran di akaun Twitter rasmi Overwatch, Blizzard mengumumkan yang untuk tahun ini, acara tersebut akan bermula pada 24 Januari ini sehingga 18 Februari.
Seperti acara-acara yang lain, kita boleh menjangkakan Blizzard akan menyertakan pelbagai kostum yang hanya boleh di dapati semasa acara ini berlangsung. Selain itu dijangkakan terdapat juga mod baharu yang akan diumumkan kelak.
Blizzard sudah semestinya akan berkongsi lanjut mengenai acara ini, termasuk juga dengan rekaan kostum yang akan disertakan. Kami akan kemaskini apabila mereka mengumumkannya.