Days Gone, sebelum ini diumumkan bahawa ianya ditunda sehingga April ini akhirnya kini mendapat harga rasmi buat pasaran Malaysia bersama-sama dengan edisi terhad yang diumumkan bersama.
Sony hari ini mengumumkan bahawa permainan tersebut kini sudah pun boleh dipra-tempah melalui pengedar rasmi Playstation ataupun secara digital melalui PSN Store. Berikut adalah senarai harga bagi setiap edisi permainan tersebut.
- Days Gone edisi fizikal Standard : RM239
- Days Gone edisi fizikal Collectors : RM679
- Days Gone edisi digital Standard : RM239
- Days Gone edisi digital Deluxe : RM299

Bagi edisi Collectors, Sony akan menyertakan sebilangan kandungan dan barangan khas seperti:
- Permainan penuh Days Gone
- Figura khas Days Gone
- Bekas Besi
- 6 Pin Collector khas Days Gone
- Buku karya seni (Fizikal dan Digital)
- Muzik Latar (Fizikal dan Digital)
- Patch Days Gone
- 4 pelekat Decals
- Tema Playstation 4 Deacon vs. The Horde
- Kemahiran Monkey Wrech (kandungan digital permainan)
- 3 kostum motosikal (kandungan digital permainan)

Manakala bagi edisi digital Deluxe pula, Sony juga akan menyertakan sebilangan kandungan khas buat permainan tersebut seperti:
- Permainan penuh Days Gone
- Muzik latar Digital
- Buku karya seni Digital
- Tema Playstation 4 Sawmill
- Kemahiran Monkey Wrech (kandungan digital permainan)
- 3 kostum motosikal (kandungan digital permainan)
Selain itu, bersempena dengan pra-tempahan ini, buat mereka yang berbuat demikian, Sony akan menyertakan beberapa kelengkapan bonus iaitu Drifter Crossbow Early Unlock, Nitrous Upgrade, Gas Tank Upgrade dan Shroud Upgrade. Selain itu Sony juga akan menyertakan tema Playstation 4 Sawmill secara bersama
Days Gone merupakan permainan zombi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Bend Studio secara esklusif buat konsol Playstation 4. Ia dirancang untuk dilancarkan pada 26 April 2019.