Informasi Permainan Video Terkini
Beta Tertutup The Division 2 Bermula 7 Februari – Video Acah Penceritaan Turut Dikongsi
PC

Beta Tertutup The Division 2 Bermula 7 Februari – Video Acah Penceritaan Turut Dikongsi

Diterbitkan pada Jan 17, 2019 oleh .

Ubisoft hari ini mengumumkan yang beta terutup untuk permainan multi-pemain mereka Tom Clancy’s The Division 2 akan bermula pada 7 Februari 2019 sehingga 10 Februari 2019. Sesi beta tersebut terbuka kepada pemain yang pra-tempah ataupun dengan mendaftar untuk mendapatkan tempat terhad melalui laman rasmi The Division 2.

Selain itu, Ubisoft turut berkongsi video acah yang memfokuskan penceritaan untuk permainan tersebut. Ia menceritakan mengenai ejen The Division perlu melawan pelbagai puak yang cuba mengambil alih Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat.

Tom Clancy’s The Division 2 akan dikeluarkan pada 15 Mac 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN