Informasi Permainan Video Terkini
Disney Turut Akan Hadir Dengan Filem Aksi-Nyata ‘Hunchback’

Disney Turut Akan Hadir Dengan Filem Aksi-Nyata ‘Hunchback’

Diterbitkan pada Jan 17, 2019 oleh .

The Hunchback of Notre Dame adalah filem animasi Disney yang ditayangkan pada tahun 1996. Filem animasi ini mengisahkan seorang tukang bunyi loceng di Notre Dame Cathedral yang bernama Quasimodo. Beliau dikunci di sebuah menara, kerana beliau adalah seorang yang bungkuk.

Trend Disney terkini adalah membuat filem aksi-nyata berdasarkan filem animasi-animasi yang lama. Kita sudah ada, Lion King, Aladdin, Dumbo dan Beauty and the Beast. Terkini, filem animasi mengenai Si Bungkuk tadi – turut akan ada versi aksi-nyata tersendiri. Laporan terkini mengatakan David Henry Hwang akan tulis filem aksi-nyata Hunchback. Filem aksi-nyata ini akan mengikut animasi, ia adalah filem muzikal.

David Henry Hwang sudah pun terkenal dengan banyak filem/projek muzikal. Jadi, Disney memilih beliau sebagai penulis buat filem ini. Antara calon awal yang bakal melakonkan watak Si Bungkuk Quasimodo ini adalah Josh Gad. Beliau sebelum ini sudah pun berlakon sebagai LeFou dalam filem aksi-nyata Beauty and the Beast. Tiada butiran lain lagi buat masa ini. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN