Wonderstorm baru sahaja mengumumkan musim ke-2 buat siri Netflix The Dragon Prince akan dikeluarkan pada 15 Februari 2019 kelak. Menariknya, mereka juga merancang untuk mengeluarkan permainan video berdasarkan siri tersebut.
Berdasarkan laporan oleh Vice, berikut adalah beberapa maklumat yang dikongsikan oleh Wonderstorm mengenai permainan tersebut;
Pengasas bersama Wonderstorm Aaron Ehasz yang juga pengarah untuk Avatar: The Last Airbender mengatakan kesilapan mengenai siri Avatar adalah penonton menyukai siri Avatar tetapi permainan yang dihasilkan berdasarkan siri tersebut mengecewakan. Oleh disebabkan itu beliau ingin belajar daripada kesilapan tersebut dan menghasilkan sesuatu lebih baik untuk The Dragon Prince.
The Dragon Prince mempunyai rekaan watak yang menarik, permainan berdasarkan watak-watak tersebut sudah semestinya sesuatu yang kami tidak sabar untuk mencuba.