Hari ini, melalui laporan WCCFTech, pengarah dan penerbit bagi permainan akan datang Resident Evil 2, Kazunori Kadoi dan Yoshiaki Hirabayashi menyatakan bahawa kandungan penceritaan dan jumlah jam bagi Resident Evil 2 boleh dihabiskan dengan 10 jam untuk setiap watak.

Ini sekaligus, meletakkan jumlah sekurang-kurangnya 20 jam untuk pemain melengkapkan penceritaan Leon dan Claire dimana ianya sememangnya satu jumlah jam yang mencukupi buat permainan tersebut dimana permainan asalnya hanya memerlukan sekitar 6 jam sahaja untuk melengkapkan bagi satu watak.

Walaupun begitu, jumlah jam bagi permainan Resident Evil 2 sudah pasti akan lebih dari itu dimana sebelum ini, mereka juga mengesahkan bahawa dua mod tambahan dari permainan asal, iaitu The 4th Survivor dan The Tofu Survivor juga bakal kembali di dalam Resident Evil 2 akan datang ini.

Dengan pelancaran Resident Evil 2 semakin hampir, dengan jumlah demo 1 Shot dimainkan lebih dari 1 juta pemain, sudah pastinya permainan ini akan menjadi salah satu permainan terbesar bagi tahun 2019 ini

Resident Evil 2 akan dilancarkan pada 25 Januari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini