2017 lepas, Sony melancarkan demo permainan realiti-maya, Playstation VR Demo Disc 2 dimana ianya menyertakan sebilangan demo permainan untuk pemain cuba secara percuma. Terkini, Sony meneruskan lagi demo permainan tersebut dengan siri ke-3 buat demo tersebut iaitu Playstation VR Demo Disc 3.

Melalui demo tersebut, Sony akan menyertakan 9 permainan untuk anda cuba melalui Playstation VR iaitu:
• ASTRO BOT Rescue Mission (JAPAN Studio)
• Battlezone (Rebellion)
• Headmaster (Frame Interactive)
• Job Simulator (OWLCHEMY LABS)
• Moss (Polyarc)
• KITCHEN (Capcom CO., LTD.)
• SUPERHOT VR (SUPERHOT Team)
• The Persistence (Firesprite)
• Thumper (Drool)

Menariknya demo tersebut menyertakan permainan Astro Bot Rescue Mission dimana demo buat permainan tersebut juga boleh dimuat-turun secara berasingan. Kami juga telah pun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut dimana anda boleh membacanya disini.

Akan tetapi, demo tersebut hanya boleh dimuat-turun di PSN Store rantau Amerika sahaja, seperti Demo Disc 2 sebelum ini. Bagi anda yang mempunyai akaun rantau tersebut dan berminat untuk mencubanya, anda boleh ke pautan dibawah.

Muat-Turun PSN Store: Playstation VR Demo Disc 3


Sohor Kini