Sebelum ini, Square-Enix mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Kingdom Hearts VR Experience, yang mana ianya adalah kandungan realiti-maya buat siri Kingdom Hearts tersebut.
Terkini, tampaknya aplikasi tersebut ditundakan dimana ianya kini dirancang untuk dilancarkan pada 23 Januari 2019 ini. Walaupun begitu, Square-Enix tidak berkongsi kenapa mereka menundakan permainan tersebut dimana asalnya ia sepatutnya dilancarkan pada Disember lepas.
Kingdom Hearts: VR Experience merupakan satu aplikasi khas yang mana pemain berupaya untuk menikmati muzik-muzik dari kesemua siri Kingdom Hearts dan pada masa yang sama terdapat sedikit mini permainan yang pemain boleh lakukan dengan bertempur dengan musuh Heartless. Buat masa ini, ianya adalah eksklusif buat pemilik Playstation VR sahaja.
Tampaknya buat mereka yang menanti untuk menikmati kandungan Kingdom Hearts secara realiti-maya, perlu menunggu sehingga minggu hadapan.