Garena hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permua Speed Drifter khas di Google Play Store secara percuma. Speed Drifter merupakan permua yang dibangunkan oleh Tencent, dimana ianya merupakan permainan perlumbaan khas yang memfokuskan bentuk multi-pemain.

Speed Drifter meletakkan pemain kepada permainan perlumbaan dimana pemain berupaya untuk melumba sehingga 4 pemain serentak dengan pelbagai mod seperti modo solo dan mod berpasukan.

Selain daripada pelbagai jenis kenderaan yang pemain boleh gunakan, permua ini juga meletakkan bentuk sosial interaktif dimana pemain berupaya untuk mengubah-suai avatar pemain dan pada masa yang sama berlumba untuk mendapatkan pelbagai kandungan-kandungna yang terdapat di dalam permua ini.

Bagi anda yang berminat untuk bermainnya, anda boleh muat-turun permua ini secara percuma melalui Google Play dibawah.

Muat-Turun Google Play: Speed Drifter

Sohor Kini