Skip to main content

Warner Bros melancarkan permainan mudah alih berdasarkan siri TV Westworld pada Jun tahun lepas, tidak lama selepas pelancaran, Bethesda mengatakan permua tersebut meniru serta menggunakan rekaan yang sama seperti permainan mereka Fallout Shelter dan mengambil tindakan saman.

Walaupun kenyataan Bethesda tersebut disangkal oleh Warner Bros namun kes saman tersebut tetap diteruskan. Pada awal bulan ini, dilaporkan yang kes saman tersebut telah diselesaikan, namun tiada kenyataan lanjut yang dikongsi.

Namun, hari ini, mereka mengumumkan yang permua tersebut akan dibuang daripada App Store dan Google Play bermula 15 Januari 2019 dan akan ditutup secara rasmi pada 16 April 2019. Pemain tidak lagi melakukan sebarang pembelian di dalam permainan dan jika anda mempunyai mata wang maya, anda perlu gunakan sebelum 16 April ini.

Walaupun mereka tidak menyatakan ini adalah disebabkan kes saman tersebut, tetapi ada kemungkinan besar Warner Bros didapati bersalah dan meniru permainan Fallout Shelter dan sebahagian daripada perjanjian untuk menyelesaikan kes saman tersebut adalah dengan menutup permua tersebut.

Leave a Reply