Polyphony Digital hari ini mengumumkan kemaskini Januari untuk permainan simulasi lumba kereta mereka Gran Turismo Sport. Seperti kemaskini sebelum ini, melaluinya disertakan pelbagai kandungan baharu iaitu 8 buah kereta dan 1 litar.
8 buah kereta yang disertakan memfokuskan kereta-kereta klassik iaitu;
- Porsche 356 A/1500 GS
- GT Carrera Speedster ’56 (N100)
- Aston Martin DB3S CN.1 ’53 (Gr.X)
- Shelby G.T.350 ’65 (N300)
- Ferrari Dino 246 GT ’71 (N200)
- Nissan Fairlady Z Version S (Z33) ’07 (N300)
- Honda Integra Type R (DC2) ’98 (N200)
- Honda Integra Type R (DC2) ’98 (N200)
- BMW Z8 ’01 (N400)
- TVR Tuscan Speed 6 ’00 (N400)

Manakala untuk litar, kemaskini menyertakan litar The Special Stage Route X iaitu litar yang digunakan untuk pengujian lesen serta perlumbaan untuk siri permainan Gran Turismo sebelum ini. Litar ini adalah seperti yang diketahui semua adalah satu litar yang ringkas yang berbentuk seperti rod.
Gran Turismo Sport merupakan permainan simulasi perlumbaan esklusif yang dibangunkan oleh Polyphony Digital di konsol Playstation 4. Ianya merupakan salah satu permainan yang sangat terkenal dengan jumlah pemain melebihi 5 juta pemain.