Pada tahun lepas, kami melaporkan yang Super Smash Bros Ultimate selain permainan untuk siri Super Smash Bros terbanyak di pra-tempah ia juga merupakan permainan Switch yang paling banyak di pra-tempah.
Hari ini berdasarkan temubual antara presiden Nintendo Shuntaro Furukawa (dikongsi oleh Serkan Toto) bersama dengan media Jepun Nikkan Kogyo Shimbun, beliau mengatakan Super Smash Bros Ultimate terjual sebanyak 5 juta unit secara global dalam minggu pertama pengeluaran.
Selain itu, Furukawa juga mengatakan kadar penjualan perisian di Switch merupakan terpantas di dalam sejarah Nintendo dan mengatakan kadar tersebut melihat peningkatan pada pertengahan November lepas iaitu selepas pengeluaran Pokemon Let’s Go.
Buat masa ini Nintendo tidak berkongsi jumlah keseluruhan penjualan untuk permainan tersebut yang kebiasaannya akan diumumkan semasa laporan kewangan yang kemungkinan akan dikeluarkan pada hujung bulan ini melalui laporan kewangan suku ketiga.
[info]Bacaan Lanjut: 4 Sebab Mengapa Super Smash Bros Ultimate Unik Berbanding Permainan Perlawanan Lain[/info]