Informasi Permainan Video Terkini
Mod Pertempuran Royale Untuk COD: Black Ops 4 Blackout Boleh Dimainkan Secara Percuma Hujung Minggu Ini
PC

Mod Pertempuran Royale Untuk COD: Black Ops 4 Blackout Boleh Dimainkan Secara Percuma Hujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Jan 16, 2019 oleh .

Blackout merupakan mod pertempuran royale yang disertakan di dalam permainan Call of Duty: Black Ops 4. Walaupun ia merupakan satu mod baharu untuk siri tersebut akan tetapi ia agak popular di kalangan pemain baharu serta pemain lama.

Buat masa ini mod tersebut hanya ditawarkan bersama dengan permainan penuh, namun Activision hari ini mengumumkan yang pemain boleh mencuba mod tersebut secara percuma sepanjang hujung minggu ini. Tawaran tersebut bermula 17 Januari 2019 sehingga 24 Januari 2019.

Tawaran ini adalah terbuka kepada semua pemain di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN