NBA 2K19 merupakan permainan simulasi sukan bola keranjang berdasarkan liga sukan tersebut di Amerika Syarikat iaitu NBA. Boleh dikatakan siri NBA 2K merupakan siri utama untuk sukan tersebut seperti mana FIFA untuk permainan bola sepak.

Hari ini, berdasarkan laporan The Wall Street Journal, Take Two dan 2K menyambung lesen untuk terus mengeluarkan permainan berdasarkan liga tersebut untuk tujuh tahun lagi. Perjanjian tersebut dilaporkan memerlukan bayaran sebanyak $1.1 bilion (~RM4 bilion). Jumlah tersebut dikatakan dua kali ganda lebih tinggi berbanding bayaran untuk perjanjian sebelum ini.

Menurut laporan tersebut, jumlah bayaran meningkat kerana hasil pendapatan siri permainan tersebut yang meningkat apabila ia menyertakan mikro-transaksi. Manakala EA yang juga mengeluarkan permainan berdasarkan liga sama iaitu siri NBA Live masih tidak disahkan sama ada sudah mempunyai perjanjian baharu atau tidak.

Bacaan Lanjut: Ulasan NBA 2K19 – Permainan Video Bola Keranjang Yang Baik

Sohor Kini