Informasi Permainan Video Terkini
The Elder Scrolls Online: Elsweyr Akan Tiba Pada 4 Jun 2019 – Menyertakan Kelas Necromancer
PC

The Elder Scrolls Online: Elsweyr Akan Tiba Pada 4 Jun 2019 – Menyertakan Kelas Necromancer

Diterbitkan pada Jan 16, 2019 oleh .

ZeniMax Online hari ini mengumumkan penambahan seterusnya untuk The Elder Scrolls Online iaitu Elsweyr akan tiba pada 4 Jun 2019. Bersamanya mereka juga mengeluarkan satu video acah baharu yang memperlihatkan naga akan disertakan di dalam permainan tersebut.

Menurut mereka, penambahan Elsweyr mempunyai kandungan sebanyak dan dunia sebesar penambahan Summerset yang dikeluarkan pada tahun lepas. Bersamanya, kelas baharu juga akan diperkenalkan iaitu Necromancer.

Penceritaan utama yang akan disertakan di dalam penambahan ini mengandungi durasi permainan selama 30 jam yang akan di keluar secara berperingkat bermula dengan Wrathstone DLC pada Februari ini.

Seperti penambahan lain untuk The Elder Scrolls Online, Elsweyr juga dijual secara berasingan dengan harga $39.99(~RM164) dan boleh mula di pra tempah sekarang melalui ESO Store, Steam dan Green Man Gaming.


TIPS & ULASAN