Epic Games buat masa ini sedang menghadapi beberapa kes saman berkait dengan emote tarian yang digunakan oleh mereka di dalam permainan Fortnite. Walaupun pada pendapat kami, kes tersebut tidak akan mempunyai implikasi besar kepada Epic Games, tetapi Microsoft tampaknya tidak ingin mempunyai masalah yang masa.
Bersama dengan kemaskini Series 5 untuk Forza Horizon 4, mereka membuang emote Carlton dan Floss, kedua-dua tarian tersebut merupakan antara tarian yang membuatkan Epic Games di saman. Oleh disebabkan itu, agak jelas sebab mengapa Microsoft mengambil keputusan untuk membuang kedua-dua emote tersebut.
Selain itu, kemaskini Series 5 juga menyertakan pelbagai kandungan tambahan untuk Forza Horizon 4. Antaranya adalah 7 kereta Mitsubishi akan disertakan, mod baharu Free-For-All Adventures dan 10 misi baharu untuk Horizon Story.
Forza Horizon sudah dikeluarkan untuk Xbox One dan PC pada 4 Oktober 2018.