IP Star Wars boleh dikatakan menjadi satu badi untuk EA tidak kira untuk permainan yang sudah dikeluarkan ataupun yang sedang dibangunkan. Apabila Battlefront II dikeluarkan sebelum ini, ia menerima kritikan yang kuat sehingga melibatkan pihak kerajaan mengenai sistem kotak tikam yang digunakan.
Manakala projek permainan Star Wars yang memfokuskan penceritaan diketuai oleh Amy Hennig iaitu pencipta Uncharted pada tahun 2017 lepas dibatalkan yang mengakibatkan studio pembangun projek tersebut iaitu Visceral Games di tutup. Projek tersebut kemudiannya diolah semula untuk menjadi permainan dunia terbuka dan dibangunkan oleh EA Vancouver.
Hari ini, berdasarkan laporan oleh Kotaku, projek tersebut juga dibatalkan. Sejak di ambil alih oleh EA Vancouver, EA tidak berkongsi lanjut mengenai informasi semasa untuk permainan tersebut. Namun, dengan laporan baharu ini, boleh dikatakan kita tidak perlu berharap untuk informasi lanjut.
Ini merupakan satu lagi berita yang tidak baik terutama untuk pemain yang inginkan permainan berdasarkan Star Wars. Setakat ini, EA masih tidak menggunakan IP Star Wars seperti mana yang diharapkan. Adakah dengan perkembangan terbaru ini, Disney akan memberikan IP tersebut kepada pembangun yang lain?