Informasi Permainan Video Terkini
Berkas God Of War Dan Detroit: Become Human Bakal Tiba Minggu ini – Berharga RM209

Berkas God Of War Dan Detroit: Become Human Bakal Tiba Minggu ini – Berharga RM209

Diterbitkan pada Jan 15, 2019 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan berkas permainan God Of War bersama Detroit: Become Human pada 17 Januari 2019 ini. Menariknya, bukan sahaja permainan tersebut akan dijual secara fizikal, malah ianya dijual dengan harga hanya RM209.

Dengan nama The PlayStation 4 Masterpiece Pack, berkas ini sememangnya bentuk yang sama seperti mana Sony lakukan buat siri permainan Uncharted sebelum ini. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan kedua-dua permainan tersebut, kami sebelum telah pun membuat ulasan penuh bagi God Of War dan juga Detroit: Become Human.

Selain itu, Sony juga bakal melancarkan The Playstation ‘Sen No Kiseki’ Entry Pack dimana ianya akan menyertakan permainan The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel pertama dan kedua. Namun, berkas ini hanya bakal tiba dalam bentuk bahasa China dengan harga RM169.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan-permainan ini melalui pengedar rasmi Playstation bermula 17 Januari ini.


TIPS & ULASAN